Program E-Learning – Kenali ABC Siri 5

19 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 18 Mei 2018 telah diadakan satu Program E-Learning – Kenali ABC Siri 5 yang di laksanakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan pengenalan huruf ABC. Program ini di mulakan dengan tayang video ABC dan pelajar-pelajar menyebut bersama-sama huruf tersebut secara berulang-ulang. Selepas itu, setiap pelajar disoal bagi meningkatkan kefahaman dalam mengenal huruf ABC dan di minta untuk menulis huruf yang di sebut di papan putih. Selain itu, mereka juga diberikan latihan menulis dan mewarna huruf ABC berserta dengan gambar. Dengan ini,kita akan dapat melihat tahap kefahaman pelajar tersebut.

Di samping itu, mereka juga diberikan penerangan berkaitan menyebut suku kata berpandukan video yang di tayangkan. Mereka bersama-sama menyebut suku kata yang terdapat di dalam video tersebut. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam mengenal huruf ABC daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar didalam diri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali