Program E-Learning Bersama TAJ

06 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 05 Oktober 2018 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama TAJ yang telah di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan panduan dan latihan berkaitan dengan subjek Bahasa melayu dan suku kata dengan menggunakan kad interaktif. Program ini merupakan sambungan daripada program yang lepas. Dalam program kali ini, hanya melibatkan pelajar berumur 6 tahun sahaja. Program ini di mulakan paparan kad interaktif dan pelajar-pelajar menyebut bersama-sama huruf dan suku kata yang terdapat di kad interaktif tersebut secara berulang-ulang.

Selepas itu, setiap pelajar disoal bagi meningkatkan kefahaman dalam subjek Bahasa melayu dan di minta untuk melengkapkan latihan yang telah diberikan. Dengan ini, kita akan dapat melihat tahap kefahaman pelajar tersebut. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam pelajaran daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar didalam diri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali