Kelas Multimedia Canva

11 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 10 Ogos 2018 telah di adakan satu Kelas Multimedia Canva yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Tujuan kelas Canva ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Canva ini bagi menghasilkan poster kemerdekaan secara mudah dan percuma.

Di awal kelas, mereka diberikan penerangan berkaitan cara untuk membuat pendaftran secara percuma di laman Canva dengan memasukan akaun Google yang telah diberikan kepada mereka. Selepas berjaya mendaftar di laman Canva, mereka boleh melihat templet-templet yang telah disediakan di laman Canva antaranya templet logo, poster, infografik, photo collage dan juga resume. Pada kelas kali ini mereka di berikan penerangan berkaitan cara untuk menghasilkan poster kemerdekaan dengan menggunakan Canva.

Mereka boleh memilih layout yang telah disediakan dengan menambah element, teks, menukar latar belakang dan juga boleh meletakan gambar yang boleh dimuat naik di bahagian yang telah disediakan. Selain itu, mereka juga boleh menukar jenis font dan warna font di bahagian yang telah disediakan. Di akhir kelas Canva ini, mereka telah berjaya menghasilkan poster kemerdekaan dengan mengikut pada kreativiti masing-masing. Mereka boleh memuat turun poster yang telah siap dengan klik bahagian muat turun yang disediakan di laman Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali