Kelas Multimedia Canva

13 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 12 Oktober 2018 telah di adakan satu Kelas Multimedia Canva yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 2-jam bermula pada jam 2.00 Petang dan berakhir pada jam 4.00 Petang. Tujuan kelas Canva ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Canva ini bagi menghasilkan poster secara mudah dan percuma. Selepas memasuki laman Canva, mereka boleh melihat templet-templet yang telah disediakan di laman Canva antaranya templet logo, poster, infografik dan juga resume.

Pada kelas kali ini mereka di berikan penerangan berkaitan cara untuk menghasilkan poster dengan menggunakan Canva. Mereka boleh memilih layout yang telah disediakan dengan menambah element, teks, menukar latar belakang dan juga boleh meletakan gambar yang boleh dimuat naik di bahagian yang telah disediakan. Selain itu, mereka juga boleh menukar jenis font dan warna font di bahagian yang telah disediakan. Di akhir kelas Canva ini, mereka telah berjaya menghasilkan poster dengan mengikut pada kreativiti masing-masing. Mereka boleh memuat turun poster yang telah siap dengan klik bahagian muat turun yang disediakan di laman Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali