Program Khas Bersama OKU

09 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 08 Oktober 2018, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara.

Pada program kali ini, beliau telah diberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan pembelajaran melalui internet dengan dengan menggunakan laman Quizizz. Di awal program, beliau perlu mendaftar masuk di laman Quizizz sebelum menggunakannya. Selepas berjaya mendaftar masuk, beliau boleh memilih latihan yang bersesuaian dengan beliau. Beliau telah memilih latihan berkaitan haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.

Latihan ini akan menguji pengetahuan dan kefahaman beliau berkaitan dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, beliau juga dibantu untuk mengenal haiwan dalam bahasa inggeris dengan memberi latihan ejaan kepada beliau. Beliau amat berminat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan bahasa Inggeris dari semasa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali