Kelas ICT

13 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 12 Julai 2019 telah diadakan Kelas ICT yang telah dilaksanakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan pendedahan berkaitan dengan storan awan. Storan awan merupakan tempat menyimpan maklumat seperti fail, data, gambar atau video boleh disimpan di internet.

Terdapat beberapa storan awan yang boleh digunakan secara percuma dan terdapat juga storan awan yang berbayar dengan kapasiti tertentu. Antara storan awan yang boleh digunakan untuk menyimpan maklumat antaranya ialah Dropbox, Mega, Google Drive, PCloud dan juga One Drive. Setelah diberikan penerangan dan pendedahan, mereka diberi peluang untuk menggunakan storan awan tersebut dengan mendaftar menggunakan E-Mail mereka. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami fungsi storan awan sebagai tempat menyimpan maklumat di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali