Program E-Kelas

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 13 Julai 2019 telah diadakan satu Program E-Kelas Maxis yang dilaksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan salah satu program pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh Maxis. Program ini telah bermula pada jam 02.00 petang dan berakhir pada jam 03.30 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, pendedahan dan latihan berkaitan matematik dan sains bagi tingkatan 3 secara live tutorial dan menggunakan Portal E-Kelas Maxis sebagai salah satu medium pembelajaran dalam talian dengan menggunakan internet.

Mereka di berikan penerangan berkaitan koordinat di dalam subjek matematik serta daya dan gerakan di dalam subjek sains. Mereka turut diberikan aktiviti di akhir kelas untuk dimuat naik ke dalam portal E-Kelas. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami subjek yang telah diterangkan oleh guru tersebut dan juga dapat menggunakan portal E-Kelas Maxis ini sebagai salah satu tempat untuk mengulangkaji pelajaran.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali