Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor

17 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 16 Ogos 2019 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor yang di laksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan kemerdekaan Malaysia. Antara aktiviti yang di lakukan adalah mewarna poster kemerdekaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali