Kelas Microsoft Office Word

19 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 18 Oktober 2019, telah diadakan Kelas Microsoft Office Word yang telah dilaksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara menaip karangan dengan betul dengan menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini telah berlangsung pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Di dalam kelas ini, beliau telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan cara menaip dengan betul, beliau telah diberikan latihan untuk menghasilkan teks dengan mengikut contoh yang diberikan. Beliau juga diberikan latihan menaip dengan pantas. Di akhir kelas ini, beliau telah memahami dan mengetahui cara yang betul untuk menaip teks dengan pantas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali