Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor

20 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 19 Julai 2019 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor yang di laksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan suku kata Bahasa melayu.

Program ini di mulakan dengan pengenalan huruf dan menyebut suku kata Bahasa melayu. Selepas itu, setiap pelajar diberikan latihan berkaitan suku kata bagi meningkatkan kefahaman mereka. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam pelajaran daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali