Program Khas Bersama OKU

20 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 19 Ogos 2019, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara. Pada program kali ini, beliau telah diberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan pembelajaran melalui internet dengan dengan menggunakan laman Quizizz.

Selepas mendaftar masuk ke laman quizizz, beliau boleh memilih latihan yang bersesuaian dengan beliau. Beliau telah memilih latihan berkaitan jalur gemilang dan juga kemerdekaan. Latihan ini akan menguji pengetahuan dan kefahaman beliau berkaitan dengan kemerdekaan Malaysia. Beliau amat berminat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dengan menggunakan laman Quizizz ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali