Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor

26 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 25 Oktober 2019 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor yang di laksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan bentuk dan warna. Mereka diberikan penerangan berkaitan bentuk dan jenis warna bagi setiap bentuk. Di akhir program, mereka dapat mengenali setiap bentuk dan warna yang telah di pelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali