Program E-Kelas

7 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 06 September 2019 telah diadakan satu Program E-Kelas Maxis yang dilaksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan salah satu program pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh Maxis. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, pendedahan dan latihan berkaitan Bahasa inggeris, matematik dan sains bagi tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 secara live tutorial dan menggunakan Portal E-Kelas Maxis sebagai salah satu medium pembelajaran dalam talian dengan menggunakan internet.

Pada minggu ini, pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 diberikan kelas khas oleh pihak E-Kelas. Mereka telah diberikan latihan melalui learning port dan mereka juga diberikan tips menjawab soalan peperiksaan oleh guru. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami subjek yang telah diterangkan oleh guru tersebut dan juga dapat menggunakan portal E-Kelas Maxis ini sebagai salah satu tempat untuk mengulang kaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali