Kelas Multimedia Canva

7 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 06 September 2019 telah diadakan satu Kelas Multimedia Canva yang diadakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Tujuan kelas multimedia ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, pendedahan dan juga latihan berkaitan penghasilan infografik sempena sambutan Hari Malaysia yang akan di sambut pada 16 September 2019 setiap tahun.

Mereka telah menggunakan laman Canva bagi melengkapkan infografik Hari Malaysia ini. Mereka juga menggunakan templet yang disediakan dan mengubahnya mengikut kreativiti masing-masing. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menyiapkan infografik tersebut dengan mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali