Kelas Multimedia Canva

12 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 11 Oktober 2019 telah diadakan satu Kelas Multimedia Canva yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Tujuan kelas kelas multimedia ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, pendedahan dan juga latihan berkaitan penghasilan resume.

Mereka telah menggunakan laman Canva bagi melengkapkan resume ini. Mereka juga menggunakan templet yang disediakan dan mengubahnya mengikut kreativiti masing-masing. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menyiapkan resume masing-masing dengan mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali