Program E-Kelas Maxis

16 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 15 Februari 2019 telah diadakan satu Program E-Kelas Maxis yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan salah satu program pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh Maxis. Program ini telah bermula pada jam 3.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, pendedahan dan latihan berkaitan Bahasa inggeris bagi tingkatan 2 secara live tutorial dan menggunakan Portal E-Kelas Maxis sebagai salah satu medium pembelajaran dalam talian dengan menggunakan komputer atau telefon pintar.

Mereka di berikan penerangan berkaitan subjek Bahasa inggeris untuk pelajar tingkatan 2. Mereka turut diberikan latihan di akhir kelas untuk dimuat naik kedalam portal E-Kelas. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami subjek yang telah diterangkan oleh guru tersebut dan juga dapat menggunakan portal E-Kelas Maxis ini sebagai salah satu tempat untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali