Program E-Kelas

16 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 15 Mac 2019 telah diadakan satu Program E-Kelas Maxis yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan salah satu program pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh Maxis. Program ini telah bermula pada jam 3.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, pendedahan dan latihan berkaitan Bahasa inggeris bagi tahun 6, tingkatan 1 dan tingkatan 2 secara live tutorial dan menggunakan Portal E-Kelas Maxis sebagai salah satu medium pembelajaran dalam talian dengan menggunakan internet.

Di dalam kelas kali ini, mereka telah menjalani penilaian bagi subjek Bahasa inggeris. Di dalam penilaian ini, kita akan dapat melihat tahap kefahaman dan penguasaan subjek Bahasa inggeris bagi setiap pelajar. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menjawab semua soalan yang telah disediakan oleh cikgu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali