Program E-Kelas

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 14 September 2019 telah diadakan satu Program E-Kelas Maxis yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan salah satu program pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh Maxis. Program ini telah bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 01.00 tengah hari bagi pelajar Tingkatan 1.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, pendedahan dan latihan berkaitan matematik dan sains bagi tingkatan 1 secara live tutorial dan menggunakan Portal E-Kelas Maxis sebagai salah satu medium pembelajaran dalam talian dengan menggunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali