Kelas E-Learning Google Slides

10 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 09 Februari 2019 telah diadakan satu Kelas E-Learning Google Slides yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Tujuan kelas Google Slides ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan juga latihan kepada ahli Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara berkaitan dengan penggunaan Google Slides. Google Slides merupakan salah satu alternatif yang ada dalam membuat sesuatu pembentangan selain menggunakan Microsoft Office Power Point. Dengan menggunakan Google Slides ini, mereka boleh memilih pelbagai tema yang telah disediakan.

Selain itu, mereka juga boleh meletakan gambar, menukar jenis font dan juga menukar warna font. Dengan menggunakan Google Slides ini, mereka boleh menghasilkan slide yang lebih menarik dan kreatif. Di dalam kelas kali ini, mereka perlu membuat slide berkaitan dengan komponen komputer. Mereka di beri masa selama 1 jam untuk menghasilkan slide dengan meletakan gambar dan juga penerangan berkaitan komponen komputer. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya membuat slide mereka dengan mengikut kreativiti mereka sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali