Kelas E-Learning Paint II

5 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 04 Februari 2019 telah diadakan satu Kelas E-Learning Paint. Kelas ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula dari 03.00 petang hingga jam 05.00 petang. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan dengan cara menggunakan Paint. Mereka boleh menggunakan Paint ini untuk kegunaan aktiviti melukis dan juga mewarna. Pelbagai ciri yang terdapat di dalam Paint ini antaranya ianya boleh memasukan warna, melukis bentuk, membuat tulisan dan juga boleh membuat logo. Di dalam kelas kali ini, mereka di minta untuk melukis animasi yang mereka pilih.

Mereka boleh merujuk video tutorial daripada Youtube untuk memudahkan mereka membuat animasi tersebut. Mereka diberi masa hampir 2 jam untuk menyiapkan animasi mereka itu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memupuk bakat dan juga meningkatkan lagi daya kreativiti dalam kalangan ahli-ahli Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Dengan adanya kelas seperti ini, mereka dapat meningkatkan lagi bakat kreativiti mereka dalam menghasilkan sesuatu dengan hanya menggunakan Paint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali