Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor

6 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 05 Julai 2019 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor yang di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan nombor serta pengenalan warna.

Program ini di mulakan dengan pengenalan warna berpandukan Youtube. Selepas itu, setiap pelajar diberikan latihan berkaitan mewarna dengan nombor bagi meningkatkan kefahaman dalam mengenal warna dan juga nombor. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam pelajaran daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali