Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor

2 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 01 Februari 2019 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor yang di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan pengenalan huruf.

Program ini di mulakan dengan pengenalan huruf dengan menggunakan kad pintar yang telah disediakan. Selepas itu, setiap pelajar disoal bagi meningkatkan kefahaman dalam mengenal huruf dan di minta untuk menulis huruf yang di sebut di papan putih. Selain itu, mereka juga diberikan latihan menulis dan mewarna huruf berserta dengan gambar. Dengan ini, kita akan dapat melihat tahap kefahaman pelajar tersebut. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam mengenal huruf daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar didalam diri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali