Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor

16 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 15 Februari 2019 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor yang di laksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan pengenalan warna dan juga bentuk dengan menggunakan Paint.

Program ini di mulakan dengan pengenalan bentuk dengan menggunakan Paint. Selepas itu, setiap pelajar diberikan kertas bagi melukis semula bentuk tersebut bagi meningkatkan kefahaman dalam mengenal bentuk. Selain itu, mereka juga diberikan latihan mengenal pelbagai jenis warna. Dengan ini, kita akan dapat melihat tahap kefahaman pelajar tersebut. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam mengenal bentuk dan warna daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali