Kelas E-Learning Jadual Waktu

9 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 08 Februari 2019 telah di adakan satu Kelas E-Learning Jadual Waktu yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 03.00 petang dan berakhir pada jam 05.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara menghasilkan jadual waktu dengan mudah dan kreatif. Untuk menghasilkan jadual waktu secara Online, mereka boleh menggunakan laman Canva dengan menaip Free Online Weekly Schedule Maker di carian Google.

Mereka boleh mengubah templet yang disediakan ataupun membuat templet mereka sendiri dalam menghasilkan jadual waktu. Mereka boleh memilih layout yang telah disediakan dengan menambah element, teks, menukar latar belakang dan juga boleh meletakan teks yang boleh dimuat naik di bahagian yang telah disediakan. Selain itu, mereka juga boleh menukar jenis font dan warna font di bahagian yang telah disediakan. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menghasilkan jadual waktu yang menarik dengan mengikut pada kreativiti masing-masing. Mereka boleh memuat turun jadual waktu yang telah siap dengan klik bahagian muat turun yang disediakan di laman Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali