Program Frog VLE

9 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 08 April 2019, telah diadakan satu Program Frog VLE yang telah dijalankan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan kerjasama antara pihak PI Felcra Sungai Ara dan pihak Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara (SKFSA) dalam memberikan penerangan, garis panduan dan latihan berkaitan dengan cara pengunaan laman web sekolah dan Frogvle mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Setiap pelajar telah diberikan id dan kata laluan untuk mendaftar masuk ke laman web sekolah.

Id dan kata laluan juga turut diberikan kepada ibubapa dan guru untuk memudahkan mereka mendaftar masuk ke laman web sekolah. Staf Pusat Internet bertanggungjawab membantu pelajar-pelajar untuk log masuk kedalam portal masing-masing dengan menggunakan id yang telah disediakan. Di dalam laman web tersebut, setiap pelajar boleh menyunting laman web mereka mengikut kreativiti mereka sendiri. Selain itu, guru-guru boleh memuat naik latihan dan juga kerja rumah kepada pelajar-pelajar menerusi laman web ini. Di samping itu, pelajar juga boleh membuat latihan dan ulang kaji pelajaran melalui laman Frog vle ini kerana setiap pelajar telah diberikan akses untuk membuka laman berkenaan.

Pelajar juga boleh menyunting templet-templet yang telah disediakan di laman tersebut seperti tarikh-tarikh penting. Pada program hari ini, pelajar - pelajar dari tahun 3 diminta untuk melengkapkan latihan yang di bimbing oleh staf Pusat Internet. Mereka perlu menyiapkan latihan yang telah diberikan dengan betul. Dengan adanya laman Frog vle ini, ianya akan menggalakan lagi para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian dengan menggunakan laman Frog vle ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali