Program Frog VLE

10 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa, 09 April 2019, telah diadakan satu Program Frog VLE yang telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan kerjasama antara pihak PI Felcra Sungai Ara dan pihak Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara (SKFSA) dalam memberikan penerangan, garis panduan dan latihan berkaitan dengan cara pengunaan laman web sekolah dan Frogvle mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Setiap pelajar telah diberikan id dan kata laluan untuk mendaftar masuk ke laman web sekolah.

Id dan kata laluan juga turut diberikan kepada ibubapa dan guru untuk memudahkan mereka mendaftar masuk ke laman web sekolah. Di dalam laman web tersebut, setiap pelajar boleh menyunting laman web mereka mengikut kreativiti mereka sendiri. Di samping itu, guru-guru boleh memuat naik latihan dan juga kerja rumah kepada pelajar-pelajar menerusi laman web sekolah ini. Selain itu, pelajar juga boleh membuat latihan dan ulang kaji pelajaran melalui laman Frogvle ini kerana setiap pelajar telah diberikan akses untuk membuka laman berkenaan. Pelajar juga boleh menyunting templet-templet yang telah disediakan di laman tersebut seperti tarikh-tarikh penting.

Pada program kali ini, para pelajar dari tahun 2 diminta untuk melengkapkan latihan yang di bimbing oleh staf Pusat Ekonomi Digital . Mereka perlu menyiapkan latihan yang telah diberikan dengan betul. Mereka juga telah didedahkan dengan Google Interland. Google Interland merupakan permainan pembelajaran yang telah disediakan oleh Google. Terdapat 4 bahagian permainan di dalam interland. Mereka boleh memilih salah satu permainan dalam satu masa. Setiap permainan mempunyai tujuan yang tersendiri antaranya permainan itu berkaitan dengan perkongsian privacy kita dan juga tahap keselamatan kata laluan akaun media sosial kita. Dengan adanya program seperti ini, ianya akan menggalakan lagi para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian dengan menggunakan laman Frogvle ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali