Program Frog VLE

13 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 12 April 2019, telah diadakan satu Program Frog VLE yang telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan kerjasama antara pihak PI Felcra Sungai Ara dan pihak Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara (SKFSA) dalam memberikan penerangan, garis panduan dan latihan berkaitan dengan cara pengunaan laman web sekolah dan Frogvle mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Setiap pelajar telah diberikan id dan kata laluan untuk mendaftar masuk ke laman web sekolah. Di dalam laman web tersebut, setiap pelajar boleh menyunting laman web mereka mengikut kreativiti mereka sendiri.

Di samping itu, guru-guru boleh memuat naik latihan dan juga kerja rumah kepada pelajar-pelajar menerusi laman web sekolah ini. Selain itu, pelajar juga boleh membuat latihan dan ulang kaji pelajaran melalui laman Frogvle ini kerana setiap pelajar telah diberikan akses untuk membuka laman berkenaan. Pelajar juga boleh menyunting templet-templet yang telah disediakan di laman tersebut seperti tarikh-tarikh penting. Pada program kali ini, pelajar-pelajar dari tahun 4 dan tahun 5 diminta untuk melengkapkan latihan yang di berikan oleh guru mereka. Mereka perlu menyiapkan latihan yang telah diberikan dengan betul. Dengan adanya laman Frogvle ini, ianya akan menggalakan lagi para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian dengan menggunakan laman Frogvle ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali