Program Frog VLE

11 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 10 Mei 2019, telah diadakan satu Program Frog VLE yang telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan kerjasama antara pihak PI Felcra Sungai Ara dan pihak Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara (SKFSA) dalam memberikan penerangan, garis panduan dan latihan berkaitan dengan cara pengunaan laman web sekolah dan Frogvle mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap pelajar telah diberikan id dan kata laluan untuk mendaftar masuk ke laman web sekolah.

Di dalam laman web tersebut, setiap pelajar boleh menyunting laman web mereka mengikut kreativiti mereka sendiri. Selain itu, ibubapa boleh mendaftar masuk mengikut id dan kata laluan yang telah diberikan untuk memantau perkembangan sekolah dan juga anak mereka. Di samping itu, guru-guru boleh memuat naik latihan dan juga kerja rumah kepada pelajar-pelajar menerusi laman web sekolah ini.

Selain itu, pelajar juga boleh membuat latihan dan ulang kaji pelajaran melalui laman Frogvle ini kerana setiap pelajar telah diberikan akses untuk membuka laman berkenaan. Pelajar juga boleh menyunting templet-templet yang telah disediakan di laman tersebut seperti tarikh-tarikh penting. Mereka perlu menyiapkan latihan yang telah diberikan dengan betul. Dengan adanya laman Frogvle ini, ianya akan menggalakan lagi para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian dengan menggunakan laman Frogvle ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali