Kelas E-Learning Google Earth

12 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 11 Januari 2019 telah diadakan satu Kelas E-Learning Google Earth yang telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung selama 2-jam bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan Google Earth dan juga Maps yang terdapat pada Google.

Melalui Google Earth ini, mereka boleh melihat sesuatu kawasan sama ada dengan pandangan satelit 2D dan juga 3D. Mereka boleh memilih untuk melihat kawasan mana yang mereka mahu lihat dengan menaip nama tempat tersebut. Mereka boleh zoom bagi melihat kawasan tersebut dengan lebih dekat dan juga boleh melihat dengan lebih dekat dengan menggunakan Google Street View. Dengan menggunakan Google Street View ini, mereka akan dapat melihat kawasan dengan lebih dekat.

Selain itu, dengan menggunakan Google Earth ini, mereka boleh mengukur jarak dan kawasan dengan menggunakan Alat Ukur yang disediakan di Google Earth. Dengan menggunakan Google Earth ini, mereka bukan sahaja boleh melihat dari sudut geografi sesuatu sahaja malah mereka boleh melihat budaya yang terdapat di dalam sesuatu kawasan dengan melihat reka bentuk bangunan yang terdapat di kawasan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali