Hari Komuniti Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 22 Jun 2019 telah diadakan Hari Komuniti Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Hari Komuniti Pusat Ekonomi Digital ini telah berjaya dilaksanankan dengan kerjasama Perpustakaan Desa, Pusat Komuniti Desa FB Sungai Ara, dan Komuniti di perkampungan Felcra Sungai Ara. Program Hari Komuniti Ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Tujuan Program Hari Komuniti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital kepada komuniti setempat dalam masa yang sama mempromosikan perkhidmatan, latihan ICT dan keusahawanan serta Program E-Kelas Maxis yang di tawarkan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Di dalam Program Hari Komuniti ini, pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan antara ialah pertandingan mewarna, pertandingan gubahan buah-buahan, pertandingan masakan rendang, pertandingan teka silang kata, taklimat E-Kelas, Check Your Label dan juga Mobile E-Waste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali