Kelas Multimedia Canva

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 16 Mac 2019 telah di adakan satu Kelas Multimedia Canva yang telah dilaksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas Canva ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Canva ini bagi menghasilkan poster secara mudah dan percuma. Selepas berjaya mendaftar di laman Canva, mereka boleh melihat templet-templet yang telah disediakan di laman Canva antaranya templet logo, poster, infografik, photo collage dan juga resume. Mereka boleh mengubah templet yang disediakan ataupun membuat templet mereka sendiri.

Pada kelas kali ini mereka di berikan penerangan berkaitan cara untuk menghasilkan poster dengan menggunakan Canva. Mereka boleh memilih layout yang telah disediakan dengan menambah element, teks, menukar latar belakang dan juga boleh meletakan gambar yang boleh dimuat naik di bahagian yang telah disediakan. Selain itu, mereka juga boleh menukar jenis font dan warna font di bahagian yang telah disediakan. Di akhir kelas Canva ini, mereka telah berjaya menghasilkan poster yang menarik dengan mengikut pada kreativiti masing-masing. Mereka boleh memuat turun poster yang telah siap dengan klik bahagian muat turun yang disediakan di laman Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali