Kelas Multimedia Scratch

13 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 12 April 2019 telah diadakan satu Kelas Multimedia Scratch yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, pendedahan dan latihan berkaitan cara menghasilkan animasi dengan menngunakan Scratch secara atas talian. Di awal kelas, mereka diberikan penerangan berkaitan Scratch dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Scratch.

Selepas itu, mereka diberikan latihan asas dalam menggerakan Sprite dari satu tempat ke tempat yang lain. Mereka boleh memilih kucing sebagai sprite atau mereka boleh memilih sprite mereka sendiri. Untuk menggerakan sprite tersebut, mereka perlu memasukan arahan agar sprite tersebut bergerak ke tempat yang telah diarahkan. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami apa itu scratch dan cara untuk mengerakan sprite.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali