Program Khas Bersama OKU

10 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa, 09 April 2019, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara.

Pada program kali ini, beliau telah diberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan pembelajaran melalui internet dengan dengan menggunakan laman Quizizz. Selepas mendaftar masuk ke laman quizizz, beliau boleh memilih latihan yang bersesuaian dengan beliau. Beliau telah memilih latihan berkaitan pengenalan haiwan dan juga warna. Latihan ini akan menguji pengetahuan dan kefahaman beliau berkaitan dengan haiwan dan warna. Beliau amat berminat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan haiwan dan juga warna dengan menggunakan laman Quizizz ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali