Program Khas Bersama OKU

19 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 18 Mac 2019, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara. Pada program kali ini, beliau telah diberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan Microsoft Office Word.

Di awal program, beliau diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menukar huruf kecil kepada huruf besar dan juga menukar font. Selepas penerangan, beliau diberikan latihan menaip dengan mengikut teks yang telah diberikan. Beliau juga di ingatkan agar menaip dengan betul mengikut pada teks yang telah disediakan. Dengan adanya program seperti ini, golongan Orang Kelainan Upaya ini juga akan mendapat ilmu seiring dengan pekembangan pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali