Program Khas Bersama OKU

19 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu, 18 September 2019, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara.

Pada program kali ini, beliau telah diberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Word. Beliau di berikan penerangan berkaitan cara untuk mengubah huruf kecil kepada huruf besar, cara untuk menjarakkan ayat dan memulakan perenggan baru. Selepas penerangan, beliau diberikan latihan bagi melihat tahap kefahaman dalam penggunaan Microsoft Office Word. Di akhir kelas ini, beliau berjaya menyiapkan latihan yang telah diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali