Kelas Multimedia Online Photo Editor

3 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 02 Februari 2019 telah diadakan satu Kelas Multimedia Online Photo Editor yang diadakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 04.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara untuk edit gambar dengan menggunakan Online Photo Editor | Fotor – Free Image Editor & Graphic Design. Di dalam kelas ini juga, mereka di ingatkan agar tidak edit gambar dan memuat naik gambar yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka sendiri serta sentiasa berhemah ketika menggunakan internet.

Dengan menggunakan Online Photo Editor ini, mereka boleh edit gambar dengan mudah dan pantas. Selain itu, di dalam laman ini terdapat beberapa fungsi yang lain antaranya adalah Photo Editor, Collage Maker dan Designer. Setiap satu mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri yang boleh membuatkan hasil edit gambar menjadi lebih menarik. Mereka juga turut diajar cara untuk memasukan teks ke dalam gambar dan boleh menggunakan pelbagai font yang telah disediakan di dalam laman tersebut. Dengan belajar edit gambar di laman Online Photo Editor ini kita dapat melihat tahap kefahaman dan juga kreativiti setiap individu tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali