Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor

16 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 15 Mac 2019 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor yang di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan pengenalan warna di dalam Bahasa inggeris. Program ini di mulakan dengan pengenalan warna dalam Bahasa inggeris berpandukan Youtube.

Selepas itu, setiap pelajar diberikan latihan berkaitan warna bagi meningkatkan kefahaman dalam mengenal warna serta Bahasa inggeris. Dengan ini, kita akan dapat melihat tahap kefahaman dan penguasaan Bahasa inggeris pelajar-pelajar tersebut. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam pelajaran daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali