Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor

9 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 8 November 2019 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor yang di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.

Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan mewarna dengan nombor. Mereka diberikan penerangan berkaitan cara untuk mewarna dengan menggunakan nombor yang telah disediakan di dalam gambar. Di akhir program, mereka dapat melengkapkan setiap gambar yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali