Program Latihan TIED

21 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis dan Jumaat, 19 & 20 September 2019, Program Latihan TIED bersama-sama pihak UNIMAS telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Parit Othman. Program ini khas diadakan untuk kesemua Pusat Ekonomi Digital Maxis Kluster Johor. Program ini diadakan dibawah Technopreneurship, Innovation and Enterprise Development (TIED) Program dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah dihadiri Pengurus dan Penolong Pengurus daripada 7 Pusat Ekonomi Digital daripada kluster Johor. Seorang fasilitator dan dua orang pembantu telah terlibat dengan penyampaian modul-modul di dalam program ini. Semoga ilmu yang diperoleh daripada program ini dapat digunakan sebaik-baiknya kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali