Kelas Multimedia – Online Video Converter

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 12 Januari 2019 telah diadakan satu Kelas Multimedia – Online Video Converter yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Di dalam kelas kali ini, mereka telah diberikan penerangan dan panduan tentang cara menggunakan HD Video Converter, YouTube Downloader - OnlineVideoConverter.com ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, pendedahan dan juga latihan berkaitan cara memuat turun klip video daripada Youtube ke dalam komputer ataupun telefon pintar.

Mereka hanya perlu taip perkataan di Online Video Converter di Google dan engine carian akan memaparkan HD Video Converter, YouTube Downloader - OnlineVideoConverter.com pada hasil carian. Selepas itu, mereka yang ingin memuat turun klip video, mereka perlu menyalin link video tersebut di laman Youtube dan perlu menampalkan link yang telah disalin di bahagian yang telah disediakan. Setelah selesai menampal link tersebut, mereka perlu memprosesnya terlebih dahulu kepada format yang telah disediakan antaranya format mp3, avi, mp4 dan banyak lagi.

Setelah selesai memproses kepada format yang dipilih, mereka boleh memuat turun video tersebut kedalam komputer ataupun telefon pintar. Di akhir kelas ini, mereka dapat mempelajari beberapa jenis format yang terdapat didalam multimedia dan mereka mengetahui cara untuk memuat turun tanpa perlu memasang aplikasi lain di dalam komputer ataupun telefon pintar mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali