Maxis E-Kelas

19 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 18 Januari 2019 telah diadakan satu Program E-Kelas Maxis yang dilaksanakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan salah satu program pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh Maxis. Program ini telah bermula pada jam 2.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan berkaitan fungsi Portal E-Kelas Maxis sebagai salah satu medium pembelajaran dalam talian dengan menggunakan komputer atau telefon pintar.

Mereka di berikan penerangan berkaitan cara untuk membuat pendaftaran dan juga cara untuk menggunakan laman Portal E-Kelas Maxis ini. Mereka turut terlibat didalam Program orientasi E-Kelas Maxis yang dibuat secara dalam talian oleh cikgu di dalam portal E-Kelas tersebut. Di akhir program ini, mereka telah memahami cara untuk mendaftar dan juga menggunakan portal E-Kelas Maxis ini sebagai salah satu tempat untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali