Kelas E-Learning Teknik Fotografi

19 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 18 Januari 2019, telah diadakan satu Kelas E-Learning Teknik Fotografi yang telah diadakan di Pusat Internet Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, penerangan dan latihan berkaitan dengan teknik fotografi dengan menggunakan telefon pintar dan mini studio. Kelas ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Di awal kelas mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan peralatan yang akan digunakan antaranya ialah telefon pintar dan juga mini studio.

Mereka juga di ingatkan agar mengambil gambar secara melintang dengan menggunakan telefon pintar supaya memberikan lebih ruang untuk bermain dengan frame yang memberikan sudut pandangan lebih luas berbanding posisi menegak seperti imej landskap, dataran hijau yang luas atau sungai. Mengambil gambar secara menegak bukanlah tidak menarik, namun ia akan menghadkan keluasan gambar yang diambil. Mereka boleh mengambil gambar dengan posisi menegak sekiranya mahu menonjolkan ketinggian subjek atau pergerakan atas dan bawah. Selain itu, mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan komposisi The Rule of Thirds. S

emua kamera telefon pintar mempunyai fungsi ini yang dipanggil sebagai garis grid. Garis menegak dan mendatar ini membahagikan gambar kepada sembilan petak kecil. Mereka boleh meletakkan objek utama di dalam gambar pada garisan tersebut. Ini merupakan cara efektif untuk memberikan fokus kepada objek tertentu di dalam gambar. Setelah mempelajari beberapa teknik, mereka telah mempraktikanya dengan mengambil beberapa gambar objek yang telah disediakan. Di akhir kelas ini, mereka telah dapat mempelajari teknik fotografi yang betul dengan menggunakan telefon pintar. 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali