Kelas E-Learning Quizizz

14 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa, 13 Ogos 2019 telah diadakan satu Kelas E-Learning Quizizz yang telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan telah berakhir pada jam 4.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Quizizz berkaitan dengan kemerdekaan Malaysia. Apabila telah berjaya memasuki laman Quizizz ini, mereka boleh mencari soalan quiz dengan menaip kata kunci dibahagian carian. Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan. Di laman ini juga, ianya akan memaparkan sama ada jawapan yang dijawab betul ataupun tidak. Jika tidak, ianya akan memaparkan jawapan yang betul setelah menjawab setiap soalan yang diberikan.

Di dalam kelas pada kali ini dengan tema kemerdekaan Malaysia, mereka di minta untuk menjawab quiz berkaitan tema kemerdekaan Malaysia, tokoh kemerdekaan dan banyak lagi. Diakhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara penggunaan laman Quizizz ini. Dengan menggunakan laman quizizz ini juga ianya dapat meningkatkan kefahaman mereka berkaitan hai kemerdekaan Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali