Program E-Kelas

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 03 Ogos 2019 telah diadakan satu Program E-Kelas Maxis yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan salah satu program pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh Maxis. Program ini telah bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, pendedahan dan latihan berkaitan matematik dan sains bagi tahun 6 secara live tutorial dan menggunakan Portal E-Kelas Maxis sebagai salah satu medium pembelajaran dalam talian dengan menggunakan internet.

Pada minggu ini, mereka dikehendaki membuat penilaian subjek Matematik dan Sains yang telah disediakan di Portal E-Kelas bagi melihat tahap persediaan serta kefahaman mereka bagi menghadapi peperiksaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali