Kelas Multimedia Youtube

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 19 Januari 2019 telah diadakan satu Kelas Multimedia Youtube yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan panduan, penerangan dan latihan berkaitan dengan Youtube. Di awal kelas, mereka diberikan penerangan berkaitan dengan pendaftaran akaun Youtube dengan menggunakan Gmail-Google. Dengan sign-in Youtube menggunakan akaun google, mereka akan mudah untuk melihat channel yang telah mereka subscribe. Selain itu, mereka juga boleh membuat channel mereka sendiri dan memuat naik video yang telah mereka hasilkan.

Di samping itu, mereka juga telah diberikan penerangan berkaitan menukar tema sedia ada ke tema gelap atau dark theme di bahagian tetapan. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami fungsi berkaitan dengan Youtube dan mereka telah di ingatkan agar gunakan internet dengan bijak serta tidak memuat naik kandungan yang tidak memberikan faedah di internet.  

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali