Kelas Microsoft Office Power Point

7 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 6 November 2020, telah diadakan Kelas Microsoft Office Power Point yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan menghasilkan animasi bergerak dengan menggunakan Microsoft Office Power Point. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Power Point dalam menghasilkan sesebuah animasi bergerak. Selepas diberikan penerangan, mereka perlu menyiapkan tugasan dengan menggunakan Microsoft Office Power Point. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami dan mengetahui kaedah yang betul dalam menghasilkan animasi dengan menggunakan Microsoft Office Power Point sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali