Kelas Multimedia Canva

16 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 15 Mac 2020 telah di adakan satu Kelas Multimedia Canva yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas Canva ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Canva bagi menghasilkan infografik secara mudah dan percuma. Selepas berjaya mendaftar di laman Canva, mereka boleh melihat templet-templet yang telah disediakan di laman Canva antaranya templet logo, poster, infografik, Photo Collage dan juga resume.

Pada kelas kali ini mereka di berikan penerangan berkaitan cara untuk menghasilkan infografik dengan menggunakan Canva. Mereka boleh memilih layout yang telah disediakan dengan menambah element, teks, menukar latar belakang dan juga boleh meletakan gambar yang boleh dimuat naik di bahagian yang telah disediakan. Selain itu, mereka juga boleh menukar jenis font dan warna font di bahagian yang telah disediakan. Di akhir kelas Canva ini, mereka telah berjaya menghasilkan infografik dengan mengikut pada kreativiti masing-masing. Mereka boleh memuat turun infografik yang telah siap dengan klik bahagian muat turun yang disediakan di laman Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali