Program eKelas

18 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 17 Oktober 2020 telah diadakan satu Program eKelas Maxis yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan salah satu program pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh Maxis. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, pendedahan dan latihan berkaitan subjek sains bagi pelajar tahun 6, tingkatan 1, 2 dan 3 secara live tutorial dan menggunakan Portal eKelas Maxis sebagai salah satu medium pembelajaran dalam talian dengan menggunakan internet. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami subjek yang telah diterangkan oleh guru tersebut dan juga dapat menggunakan portal eKelas Maxis ini sebagai salah satu tempat untuk mengulang kaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali