Kelas E-Learning Google Docs

15 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 14 Februari 2020, telah diadakan Kelas E-Learning Google Docs yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara untuk menggunakan Google Docs. Kelas ini telah berlangsung pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Google Docs. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan cara menaip di Google Docs dengan betul, mereka telah diberikan latihan untuk menghasilkan teks dengan mengikut contoh yang diberikan dengan menggunakan Google Docs. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara yang betul untuk menaip teks di Google Docs.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali