Kelas ICT Google Search

8 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 7 Februari 2020, telah diadakan Kelas ICT Google Search yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara untuk menggunakan Google Search dengan mudah. Google mempunyai fungsi khas yang boleh membantu pengguna mengehadkan jenis carian dan juga jika pengguna mahu membuat carian unik.

Jika mahukan carian yang datang dari satu laman sesawang sahaja, mereka boleh gunakan “site:” untuk hadkan carian anda.Diakhir kelas, mereka telah mengetahui cara untuk mencari maklumat di Google.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali